PSS SKJB


counter

ULAT BUKU

Selasa, 21 Oktober 2014

Terima kasih diucapkan kepada rakan2 guru yang banyak membantu dalam usaha menceriakan semula PSSSKJB...edisi aku la katakan.... Syukran ustazah Liza, cikgu mahadi, ustazah radhiah , cikgu fazilah, ustazah fatilah, ustazah hayati, ustazah azlina, cikgu rohaila, cikgu nalina , cikgu nurul, cikgu hasliana,ustaz zulkifli Dan cikgu santhi. Semoga bantuan kalian mendapat balasan dariNya.

Baru sahaja pegang library dah dikunjungi oleh PKG.....huhuhu....zeroo.... 
Jenuh juga memikirkan APA yang patut dilakukan...adoiii..mulalah berkenalan Dan berkawan dengan Mr.Google...kuikuikui...

Bermula julai sejak bergelar cikgu media nih..adala Serba sedikit aktiviti serta  susunatur semula PSS giat dijalankan...hehehe...maka disinilah lahirnya sebuah cinta...cewaaaahhh...

Jumaat, 8 Ogos 2014

Tanggal 1 Julai 2014.... bermulalah tugasku sebagai GPM (Guru Perpustakaan & Media).... terfikir sejenak...adakah aku mampu memikul AMANAH yang diberikan ini... sedangkan sebelum ini aku hanya 'bijak' dalam soal buku hilang, buku rosak n buku tak cukup... cikgu 'BOSS' la katakan....hehehehehe....namun berkat sokongan yg diberikan oleh rakan setugas dengan lapang dada aku menerima AMANAH ini. bak kata pepatah 'ALAH BISA TEGAL BIASA'...berbekalkan azam dan semangat aku cuba 'mencintai' tugasan yang diamanahkan ini dengan seadanya..